Selasa, 14 Mei 2013

Papinka - Masih Mencintainya (Official Video)

Kecewa

Coretan ini bukan rekaan semata-mata, tetapi Ia adalah ikhlas dari Hati Sanubari ku,..Dengan segala apa yang aku rasakan pada masa ini, sungguh pedih dan menyakitkan. Pertama kali, aku ingin berkongsikan kisah hidup ku bersama orang yang amat-amat ku sayang dan ku sanjungi,..

   Perkenalan aku dengan S telah menjangkau usia hampir 3 tahun,..pada mulanya aku hanya berkawan biasa dengan S seperti aku berkawan dengan teman-teman yang lain. Semakin hari timbul rasa sayang dan bibit-bibit cinta. Kebetulan pada masa yang sama aku teringin merasakan kebahagian seperti yang sahabat-sahabat ku rasa. Kebanyakan mereka sudah berumah tangga. Dengan usia ku sudah menjangkau 25 tahun, aku mula memikirkan soal jodoh. Kebetulan pada masa yang sama, S telah mengungkapkan kata Cinta kepada ku. Pada mulanya aku berasa takut. Takut untuk dikecewakan pada kali kedua. Bila aku fikirkan kebahagiaan yang bakal aq kecapi, aku sanggup menerima S asalkan S setia dan jujur terhadap ku. Hubungan Cinta kami telah berputik,..Sungguh indah pada masa itu, aku sangat bahagia bersama S. Sampai waktu ketika aq terlantar di hospital selama beberapa hari, S lah yang menjaga aku dari awal aku dimasukan ke wad sampai aku keluar hospital. Aku telah diberi cuti selama sebulan akibat terlibat dengan kemalangan jalan raya dengan menyebabkan tangan kanan ku patah. Aku diminta berehat dirumah, si S jugalah yang menjaga aku. Pada masa itu, aku benar-benar rasa sedih dengan tangan ku yang patah itu sangat menyukarkan aku bergerak untuk melakukan segala aktiviti harian yang aku lakukan sebelum ini. Si S jugalah yang banyak membantu aku menjalani semua itu dan memberi semangat pada ku agar aku dapat sembuh seperti sediakala. Dia seolah-olah ku anggap seperti teman Sehidup Semati dengan ku. Dengan kebaikannya terhadap aku dan keluarga ku, aku tidak menyangka dia sanggup menipu perasaanku mentah-mentah. Lagipun keuargaku telah merestui hubungan kami. Bila aq teringatkan saat itu, air mataku pasti menitis. Andai kata dapat ku putar masa, Bisakah aku membetulkan semua keadaan ini ?...... Hanya Tuhan je yang tahu perasaan aku ketika ini, aku sangat-sangat terluka....kecewa bila diperlakukan sebegini. Aku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di siang hari....semua yang aku impikan musnah berkecai. Selama ini, aku jujur dan ikhlas menyintainya dengan sepenuh hati,..aku berikan kasih sayangku hingga tidak ternilai malah sanggup bergadai maruah demi dia..tetapi apa yang aku dapat ?? Sungguh pedih,...Bagaimana aku mengatasi semua ini? Aku tidak kuat.......Setiap kali mengingatkan kenangan bersamanya, aku akan menitiskan air mataku tetapi apa gunanya aku hanya menyeksa diri ku sendiri. Walau dengan menangiskan air mata darah sekalipun, S takkan pulang ke pangkuan ku kerna dia sudah berpunya sejak dari awal lagi aku mengenalinya dan berkawan denganya. Mengapa tidak dari awal lagi dia memberitahu hal sebenarnya,..apa salah aku padanya hingga dia menduakan aku dengan mendustai cinta kami. Selama ini aku diperlakukan seperti boneka. Bila sunyi aku diperlukan, bila dia bahagia aku ditinggalkan. Kenapa Harus aku? Tidak terlintas sedikit pun aku untuk mempermainkan perasaannya. Entahlah, mungkin sudah suratan takdir yang kami tak akan dapat bersama.

   S......
Ketahuilah aku sangat menyayangimu sepenuh hati ku,...apa salahku hingga kau sanggup membohongi ku? Tidakkah kau tahu tindakanmu ini telah menyakiti hatiku? Bagaimana harus ku harungi semua ini tanpamu? Aku tak sanggup kehilanganmu S, aku redha dengan segalanya,.. aku sedar aku banyak kekurangan. Mungkin dia yang terbaik buatmu. Walau bagaimanapun aku tetap mendoakan kebahagiaanmu dengan insan yang kau pilih. Jagalah dia sebaiknya jangan kau lukai hatinya seperti kau lukai hatiku. Cukuplah aku yang terluka dan menanggung seksa ini...Sebenarnya, Jauh disudut hatiku aku Masih Menyintaimu, biarpun kau tidak menyintaiku lagi. Biarlah aku dianggap bodoh dihadapan ramai tetapi ungkapan ini tulus ikhlas dari hatiku....I'M STILL LOVING YOU,............

" Jangan Pernah Menyentuh Hidup Seseorang, Jika Itu Hanya Akan Menghancurkan Perasaannya "